Mari Sembang..

Wednesday 20 June 2012

~KERAJAAN AGRARIA~




Kerajaan agraria ialah kerajaan yang berasaskan pertanian. Ia berkembang di lembah sungai. Perkembangannya berkait rapat dengan keluaran hasil pertanian kerana mempunyai teknologi pertanian.


Ciri-ciri penempatan

  1. Kegiatan ekonominya bergantung kepada pertanian.
  2. Terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai, dan di kawasan pedalaman
  3. Hasil utama kegiatan pertanian ialah padi huma, ubi taro dan padi sawah
  4. Membina empangan dan saliran untuk menjalankan kegiatan pertanian dan menternak binatang
  5. Sistem pangaliran dikawal oleh pemerintah.
  6. Hasil utama kegiatan berburu, mengutip hasil hutan, dan menangkap ikan

Dari segi lokasi ia terletak di kawasan tanah subur, di lembangan sungai dan di kawasan pedalaman.Ia menggunakan sistem aliran air yang disalurkan daripada baray maksudnya ialah kolam besar yang mampu menampung isipadu air sebanyak 30 Juta liter padu. Kerajaan angkor menggunakan sistem ini menjadikan mereka negara yang kaya hasil pertaniannya. Air yang disalurkan ke tempat pertanian di angkor juga berasal dari Tasik Tonle Sap (sebuah tasik buatan yang besar.)

Dilihat dari segi aktiviti masyarakat, mereka memperolehi makanan secara berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan pada peringkat awal. Mereka juga mempunyai kemahiran menghasilkan makanan sendiri dengan pertanian pindah sehingga mengusahakan pertanian tetap dan menternak binatang. Jenis-jenis tanaman utama ialah padi sawah, padi huma, ubi taro, dan keladi.

~ZAMAN LOGAM~




Selepas Zaman Neolitik,teknologi manusia Zaman Prasejarah telah berkembang ke arah teknologi logam.Zaman Logam di Malaysiabermula kira-kira 4000 tahun dahulu.Pada zaman ini manusia telah mencipta alat gangsa dan besi.pada zaman ini mereka hidup menetap di sesuatu tempat tidak berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.Ada yang tinggal berhampiran dengan sungai dan ada yang masih tinggal di dalam gua.

Pada masa ini mereka mula mempunyai adat resam mereka yang tersendiri.

Mereka menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi.Mereka juga bercucuk tanam , menangkap ikan , berburu binatang liar di hutan, menternak binatang ternakan, dan menjalankan perniagaan secara tukar barang.

Di antara al
at-alat yang digunakan ialah kapak, sabit, pisau, dan mata lembing.Mereka juga menggunakan tulang mawas sebagai salah satu daripada alat yang mereka gunakan.


Pada Zaman Logam, mereka mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu.Mereka turut menjalankan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu.Mereka juga pandai menghasilkan keranda yang berbentuk perahu.

Lokasi di Malaysia

  • Sungai Muar, Johor
  • Sungai Langat, Selangor

pada zaman ini mereka hidup menetap di sesuatu tempat tidak berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain.Ada yang tinggal berhampiran dengan sungai dan ada yang masih tinggal di dalam gua.
Pada masa ini mereka mula mempunyai adat resam mereka yang tersendiri.
Mereka menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi.Mereka juga bercucuk tanam , menangkap ikan , berburu binatang liar di hutan, menternak binatang ternakan, dan menjalankan perniagaan secara tukar barang.


Di antara alat-alat yang digunakan ialah kapak, sabit, pisau, dan mata lembing.Mereka juga menggunakan tulang mawas sebagai salah satu daripada alat yang mereka gunakan.


Pada Zaman Logam, mereka mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu.Mereka turut menjalankan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu.Mereka juga pandai menghasilkan keranda yang berbentuk perahu.
Lokasi di Malaysia

~ZAMAN NEOLITIK~


Zaman Neolitik merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar, mula bercucuk tanam, dan mula memelihara binatang ternakan. Zaman ini bermula kira-kira about 9500 SM di Timur Tengah[1] dan secara tradisionalnya dianggap sebagai fasa terakhir Zaman BatuZaman Neolitik di Malaysia bermula pada kira-kira 7,000 tahun dahulu. Masyarakat Zaman Neolitik bukan sahaja menggunakan batu, tetapi telah menggunakan tanah liat untuk membuat tembikar seperti bekas air, periuk, dan belanga daripada tanah liat. Manusia pada zaman ini juga telah mula tinggal menetap di suatu tempat dan juga menjalankan perdagangan secara tukar barang atau sistem barter.

Tuesday 19 June 2012

~ZAMAN PALEOLITIK~


Zaman Paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu. Alat batu yang digunakan oleh manusia Zaman Paleolitik ialah alat repihan seperti alat batu penetak.

Rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia adalah rangka orang Perak yang telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, Lenggong pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.

ada Zaman Paleolitik ini, manusia menggamalkan hidup secara berpindah-randah mencari kawasan baru atau dikenali sebagai hidup nomad.

Biasanya mereka tinggal di kawasan yang terbuka iaitu di luar gua, di dalam gua dan juga mereka hidup di kawasan sekitar tasik dan kolam Pada zaman Prasejarah,orang Perak atau dikenali sebagai Perak Man dijumpai di Gua Gunung Runtuh,Bukit Kepala Gajah,Lenggong,Perak dalam posisi foetal(kedua-dua kakinya terlipat ke atas dada).Perak Man hidup kira-kira 10 000-11 000 tahun dahulu.Perak Man di percayai meninggal ketika berusia 40-45 tahun.Ketinggian Perak Man dianggarkan ialah 154-160cm.

Di antara kegiatan yang mereka lakukan ialah mereka memburu binatang liar di hutan seperti rusa, kijang dan sebagainya sebagai bahan makanan dan pakaian.

Mereka juga memungut hasil hutan seperti buah-buahan, dan juga pucuk-pucuk daun serta memungut hasil hutan seperti rotan. Mereka juga mengamalkan cara hidup sara diri.

Selain itu, mereka menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian.

Antara penemuan Zaman Paleolitik di Malaysia ialah :

  • Kapak Genggam

  • Alat repihan yang digunakan untuk meraut dan memotong

  • Alat penetak yang digunakan untuk menetak pokok dan memotong daging

  • Manusia Perak, iaitu rangka manusia yang dikebumikan dengan kaki terlipat

    Dalam bab kepercayaan , mereka mengamalkan kepercayaan animisme. Animisme bermaksud kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat ( jiwa dan roh ) orang mati. Mereka juga mengamalkan upacara perkuburan. Dalam upacara perkuburan masyarakat Zaman Paleolitik, mayat dikebumikan dengan barang - barang seperti makanan dan alat-alat batu.Mereka juga menggunakan pemukul kulit kayu untuk meleperkan dan menghaluskan kulit kayu.Selain itu,mereka meghias diri mereka bagi wanita dengan anting-anting dan gelang.

    Antara lokasi-lokasi di malaysia :