Mari Sembang..

Tuesday 24 July 2012

SBUB MENGUKUHKAN KUASA DI SABAH


Pemerintahan SBUB di Sabah diketuai oleh Gabenor. (Gabenor Pertama   – W.H. Treacher)
Dilantik oleh Pengarah Syarikat.
Gabenor dibantu oleh Majlis Penasihat.( Terdiri daripada Setiausaha Kerajaan,Bendahari dan Ketua Pasukan Keselamatan.
Pusat Pentadbiran di Sandakan.
Pihak SBUB menubuhkan Jabatan Kerajaan.

Ø  Sabah telah dibahagikan kepada Empat Residensi yang diketuai oleh Residen bagi memudahkan urusan pentadbiran.
Ø  Residen dibahagikan kepada Sepuluh Daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah yang berbangsa Eropah.
Ø  Jawatan Timbalan Penolong Pegawai Daerah diperkenal dan disandang oleh penduduk tempatan.
Ø  Ketua Anak Negeri / Orang Kaya-Kaya( O.K.K) membantu Pegawai Daerah dalam pentadbiran.
Ø  Diberikan Surat Kuasa membolehkan mereka menguruskan hal yang berkaitan dengan masyarakat tempatan.
Ø  Di peringkat kampung, SBUB melantik ketua kampung( Orang Tua)
Ø  SBUB mengekalkan penglibatan peribumi dalam pentadbiran di peringkat daerah dan kampung kerana mereka memahami adat dan budaya masyarakat tempatan.
Ø  SBUB tidak mampu menggaji ramai pegawai Eropah kerana menghadapi masalah kewangan.
Ø  SBUB melaksanakan undang-undang Barat dan undang-undang tempatan untuk menjaga keamanan negeri.
Ø  Mahkamah Anak Negeri diketuai oleh Ketua Anak Negeri, ini dapatmeninggikan martabat serta kewibawaan ketua-ketua peribumi.




Mahkamah di Sabah

Mahkamah
Mahkamah Majistret
        Mahkamah Anak Negeri
Hakim
     Dihakimi oleh Pegawai Daerah
     Hakim dilantik daripada kalangan Ketua Anak Negeri yang arif dalam bidang agama Islam dan hukum adat.
Bidang Kuasa
         Mengendalikan kes-kes berat seperti kespembunuhanpenculikandan rompakan
       Mengendalikan kes-kes peribumi yang berkaitan denganundang-undang Islam dan hukum adat.

KEADAAN DI PERAK,SELANGOR,NEGERI SEMBILAN,DAN PAHANG MEMBERI PELUANG CAMPUR TANGAN BRITISH


KETIDAKSTABILAN DI PERAK
- Kekacauan berlaku di Perak kerana:
  - Pergaduhan antara kongsi gelap Ghee Hin dengan Hai San menyebabkan
    tercerusnya Perang Larut.
  - berlaku perebutan takhta dalam kalangan kerabat diraja kerana sistem 
    pewarisan takhta tidak dipatuhi sepenuhnya.
a. Masalah perebutan takhta
   - Raja Ismail iaitu Raja Bendahara telah dilantik sebagai sultan oleh pembesar2 
     Perak selepas kemangkatan Sultan Ali.
   - Pelantikan ini ditentang hebat oleh Raja Abdullah dan Raja Yusuf
   - Raja Abdullah iaitu Raja Muda sepatutnya dilantik menjadi sultan mengikut 
     sistem pewarisan takhta telah diketepikan kerana tidak menghadiri upacara 
     pemakaman Sultan Ali di Sayong
   - Raja Yusuf juga diketepikan kerana tidak disukai oleh pembesar2 Perak
   - Raja Abdullah disokong oleh pembesar2 Perak seperti Dato` Maharajalela
     dan Dato` Sagor telah menentang kuat
   - Kuasa Raja Ismail hanya terbatas di Hulu Perak manakala Raja Abdullah
     pula berkuasa di Hilir Perak
   - Raja Abdullah telah bertindak meminta bantuan daripada British untuk mengiktiraf
      beliau sebagai sultan
   - Gabenor NNS iaitu Sir Andrew Clarke menganggap permintaan Raja Abdullah 
     sebagai peluang untuk menguasai Perak
  - Beliau telah menjemput pembesar2 Melayu dan pemimpin2 kongsi gelap untuk
    berunding di Pulau Pangkor
  - Sultan Ismail tidak hadir kerana lewat menerima surat
  - Perjanjian Pangkor di atas kapal British,H.M.S Pluto diadakan pada tahun 1874
  - Melalui Perjanjian Pangkor,Sultan Abdullah dilantik sebagai Sultan Perak 
    dan J.W.W Birch merupakan residen Britsh di Perak.

PERANG KLANG DI SELANGOR
 - Perang Klang tercetus kerana berlakunya perebutan daerah Klang di anatara Raja
   Abdullah dengan Raja Mahadi
 - Selepas kemangkatan Sultan Sulaiman, daerah Klang diserahkan kepada Raja Abdullah.
   Penyerahan tersebut telah menimbulkan ketidakpuasan putera kepada Raja Sulaiman
   iaitu Raja Mahadi. Keadaan ini telah mencetuskan Perang Klang.
 - Tengku Kudin dilantik oleh Sultan Abdul Samad untuk menamatkan Perang Klang.
 - Tengku Kudin tidak diterima oleh pembesar Selangor kerana beliau bukan anak negeri
    Selangor. Oleh itu, beliau meminta bantuan British untuk menamatkan kekacauan
 - Perisiwa lain yang menyebabkan British campur tangan di Selangor ialah:
    a. sebuah kapal dagang British dirompak berhampiran dengan Kuala Langat
    b. rumah api binaan British di Tanjong Rachado telah diserang
- Kesan campur tangan Britiah telah mendesak Sultan Abdul Samad menerima Residen
   British di Selangor. J.G.Davidson dilantik sebagai residen yang pertama di 
   Selangor manakala penolongnya ialah Frank Swettenham

PERBALAHAN DI SUNGAI UJONG, NEGERI SEMBILAN
 - Dato` Kelana Syed Abdul Rahman dan Dato` Bandar Kulop Tunggal bersengketa
   untuk menegakkan kekuasaannya di Sungai Ujong 
 - Daerah Sungai Ujong menjadi rebutan kerana:
    a. kaya dengan bijih timah
    b. Sungai Linggi dalam daerah Sungai Ujong merupakan jalan utama 
        ke pelabuhan Melaka
    c. pendapatan yang lumayan kerana cukai dipungut ke atas pedagang 
        yang melalui sungai ini
 - Dato` Kelana meminta bantuan British bagi mengukuhkan kedudukannnya
 - Melalui perjanjian yang dibuat dengan British, Dato` Kelana dilantik sebagai pemerintah
   di Sungai Ujong
-  Dato` Bandar tidak mengiktiraf perjanjian tersebut. Beliau menentang tindakan 
   British memungut cukai di Sungai Linggi
-  British member bantuan kepada Dato` Kelana untuk menewaskan Dato` Bandar
-  Dato` Bandar kemudian telah dibuang negeri ke Singapura 
-  Seterusnya, British menguasai Rembau,Jelebu dan Seri Menanti dengan cara 
   menempatkan Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil
- Semua daerah disatukan untuk membentuk Negeri Sembilan
- British telah menempatkan P.J. Murray sebagai Residen British yang pertama di
  Sungai Ujong dan Martin Lister sebagai Residen British yang pertama di Negeri Sembilan

BRITISH BIMBANG PERTAPAKAN KUASA EROPAH LAIN DI PAHANG
- Pahang merupakan negeri terakhir menerima Residen British
- British ingin menguasai Pahang kerana bimbang pertapakan kuasa Eropah yang lain
- Sultan Ahmad berusaha mengelakkan Pahang dijajah oleh British. Beliau mencontohu
   tindakan Sultan Abu Bakar dari Johor untuk membangunkan Pahang
- Beliau membawa masuk pelabur-pelabur asing untuk memajukan Pahang
- Tindakan ini menjejaskan kepentingan British dan tidak disenangi oleh British.
- British telah menghantar Frank Swettenham dan Frederick Weld ke Pahang untuk
  memujuk Sultan Ahmad menerima Residen British tetapi gagal
- British telah meminta bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor untuk memujuk 
  Sultan Ahmad
- Hugh Clifford telah dilantik sebagai wakil British di Pahang tetapi British tidak puas hati
  dengan pelantikan ini kerana British mempunyai kuasa yang terhad
- Peluang campur tangan terbuka luas kepada British apabila berlakunya kes pembunuhan 
   Goh Hui, seorang warganegara British yang berbangsa Cina.
- Peristiwa ini telah digunakan oleh British untuk mendesak Sultan 
  Ahmad menerima seorang Residen British di Pahang.
- Akhirnya, J.P. Rodger telah dilantik sebagai Residen British yang pertama di Pahang

SINGAPURA PANGKALAN PERDAGANGAN YANG STRATEGIK


  1. Raffles akhirnya mencadangkan kepada SHTI untuk mendirikan sebuah pangkalan baru di Singapura.
  2. Antara faktor yang mendorong Raffles untuk memilih Singapura seperti yang berikut;
  • Kedudukan Singapura yang strategik di selatan Semenanjung Tanah Melayu.
  • Singapura berupaya mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda.
  • Sesuai sebagai sebuah perlabuhan bebas.
  • Boleh dijadikan pangkalan bagi manyaingi perlabuhan Belanda di Betawi.
  • Singapura berupaya menyekat monopoli perdagangan Belanda di Kepulauan Melayu.

PERTAPAKAN SHTI DI SINGAPURA


  1. Pulau pinang gagal mencapai kemajuan yang diharapkan SHTI kerana ;
  • Kedudukanya jauh ke utara Selat Melaka.
  • Tidak dapat bersaing dengan perlabuhan lain
  • Kebanyakan kapal dagang berdagang di Betawi,Riau,dan Lingga
     2.Pada masa yang sama,perdagangan SHTI dengan China semakin penting.
     3.Oleh itu,SHTI memerlukan sebuah perlabuhan yang strategik di selatan Selat Melaka bagi menguasai         laluan perdagangan antara India dengan China.
    4.Belanda pula mengenakan cukai yang tinggi dan layanan yang buruk kepada pedagang british di betawi
    5.Ini mendorong SHTI untuk melantik Stamford Raffles untuk mencari perlabuhan baru.
    6.Antara perlabuhan yang pernah dibuka oleh Stamford Raffles,ialah Palembang,Acheh,dan Riau yang semuanya gagal mencapai matlamat SHTI.

SHTI MENGAMBIL SEBERANG PERAI

Shti memerlukan seberang perai sebagai benteng untuk mempertahankan serangan terhadap pulau pinang dari tanah besar.Tanah Seberang Perai subur dan sesuai untuk bercucuk tanam.SHTI mengambil kesempataan kerana Sultan Dziauddin memerlukan bantuan ketenteraan bagi menghadapi ancaman siam.Baginda terpaksa mendatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan Gabenor George Leith pada bulan jun 1800.
Perjanjian ini membolehkan SHTI menduduki Seberang Perai yang kemudiannya dinamakan Province Wellesly.
janji SHTI untuk membantu Kedah menghadapi musuh hanyalah seperti "MENANAM TEBU DI BIBIR" kerana bantuan tidak diberikan apabila Siam menyerang Kedah pada bulan november 1821.Akhirnya,Kedah berjaya ditakluk Siam.

Sunday 1 July 2012

~SHTI mungkir janji~



Pada tahun 1786, Siam telah menakluki Patani dan mengancam Kedah. Oleh kerana bimbangkan serangan dari pihak Siam, Sultan Abdullah (Kedah) menuntut bantuan ketenteraan daripada SHTI seperti yang terdapat dalam Perjanjian Inggeris-Kedah 1786.


Bagaimanapun, SHTI enggan memberikan bantuan kerana tidak terlibat dalam Perjanjian 1786 antara Sultan Abdullah dengan Francis Light[1] selain untuk menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam. Oleh itu, Sultan Abdullah mendesak Francis Light untuk meninggalkan Pulau Pinang kerana tidak menepati janji. Francis Light enggan melepaskan Pulau Pinang dan menawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolak oleh Sultan Abdullah.


Tindakan Sultan Abdullah


Sultan Abdullah berasa tertipu dan marah dengan tindakan Francis Light. Pada tahun 1791, Sultan Abdullah menyediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk meyerang dan mengambil semula Pulau Pinang. Baginda mendapatkan bantuan daripada Riau,Siak, dan SelangorFrancis Light meminta bantuan tentera daripada pihak Britishuntuk menyerang kubu Sultan Abdullah di Seberang Perai.


Sultan Abdullah tewas dan terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah 1791 pada 1 Mei 1791.




p/s ; SHTI tu bermaksud Syarikat Hindia Timur Inggeris...

Kerajaan Funan



Funan merupakan sebuah Kerajaan Hindu purba pertama di Asia Tenggara yang muncul pada abad pertama masihi. Kerajaan ini digabungkan dengan kerajaan Chenla. Pada abad ke-6, kerajaan Funan telah menghantar ufti ke China. "Funan" dalam transkripsi Cinaadalah perkataan "pnom" yang bermaksud "gunung".


Funan adalah kerajaan Kemboja silam sebelum zaman-Angkor terletak sekitar delta Mekong, kemungkinannya ditubuhkan oleh penduduk Mon-Khmer yang bertutur bahasa Austro-Asiatic. Tidak banyak yang diketahui mengenai Funan kecuali ia merupakan negara perdagangan yang kuat. Ini terbukti dengan jumpaan barangan yang berasal dari empire RomCina dan India dalam penggalian arkhaeologi di Oc Eo di selatan Vietnam. Ibu negara Funan pada asalnya terletak di Vyadhapura, hampir bandar Phnom Penh moden, walaupun ia mungkin dipindahkan ke Oc Eo pada kemudiannya.


Menurut lapuran dari dua wakil Cina, K'ang T'ai dan Chu Ying, negara Funan diasaskan oleh Brahimin India bernama Kaundinya, yang pada abad pertama C.E. mendapat arahan dalam mimpi untuk mengambil mangkuk anjaip dari kuil dan mengalahkan Soma, ratu Khmer. Soma, anak kepada raja Nagas, berkahwin dengan Kaundinya dan keturunan mereka menjadi dinasti raja Funan. The myth mempunyai kelebihan sebagai memberikan pengesahan kepada kedua-dua Brahmin India dan kedewaan ular tedung yang dipuja oleh penduduk Funan pada masa itu.


Kerajaan Funan mencapai kemuncaknya di bawah pemerintahan Fan Shih-man pada awal abad ke 3 C.E., menganjur ke selatan sehingga utara Malaysia dan ke barat sehingga ke Burma. Funan menubuhkan sistem perdagangan dan monopoli perniagaan yang kukuh yang akan menjadi corak empire di kawasan ini. Fan Shih-man memperbesarkan angkatan laut dan memperbaiki Funanese bureaucracy, membentuk bentuk separuh-feudal (quasi-feudal) yang membiarkan adat dan pengenalan tempatan kekal, terutamanya yang terletak di sempadan empire.


Kerajaan Funan dikatakan kuat dipengaruhi oleh kebudayaan India, dan menggunakan rakyat India untuk pemerintahan negara. BahasaSanskrit merupakan bahasa istana, dan Funan menyokong agama Hindu dan selepas abad ke 5, doktrin agama Buddha. Rekod menunjukkan cukai dibayar dalam bentuk perak, emas, mutiara, dan gaharu. K'ang T'ai melaporkan bahawa Funan mengamalkan perhambaan dan sistem perhakiman dilaksanakan melalui perbicaraan melalui ujian (trial by ordeal), termasuk kaedah seperti memegang besi panas, dan mengambil cincin emas dan telur dalam air mendidih.


Laporan K'ang T'ai mengenai kebudayaan Funan tidak memberangsangkan, walaupun rekod istana Cina menunjukkan bahawa sekumpulan pemuzik Funan melawat Cina pada tahun 263 C.E. Maharaja Cina begitu kagum sehinggakan dia menitahkan pembinaan institut muzik Funan di Nanjing. Funan juga dilaporkan mempunyai himpunan buku dan arkib yang meluas di seluruh negara, menunjukkan peratusan mereka yang terpelajar agak tinggi pada masa itu.


Sejarah politik Funan kurang diketahui selain dari apa yang terdapat dalam rekod Cina mengenai hubungan mereka. Pertelingkahan singkat direkodkan apabila pada tahun 270-an Funan dan negara jirannya Khampa bergabung tenaga untuk menyerang jajahan CinaTongking. Pada tahun 357, Funan menjadi jajahan China, dan kekal sedemikian sehingga pemecahannya pada abad ke 6.