Mari Sembang..

Sunday 1 July 2012

~SHTI mungkir janji~



Pada tahun 1786, Siam telah menakluki Patani dan mengancam Kedah. Oleh kerana bimbangkan serangan dari pihak Siam, Sultan Abdullah (Kedah) menuntut bantuan ketenteraan daripada SHTI seperti yang terdapat dalam Perjanjian Inggeris-Kedah 1786.


Bagaimanapun, SHTI enggan memberikan bantuan kerana tidak terlibat dalam Perjanjian 1786 antara Sultan Abdullah dengan Francis Light[1] selain untuk menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam. Oleh itu, Sultan Abdullah mendesak Francis Light untuk meninggalkan Pulau Pinang kerana tidak menepati janji. Francis Light enggan melepaskan Pulau Pinang dan menawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolak oleh Sultan Abdullah.


Tindakan Sultan Abdullah


Sultan Abdullah berasa tertipu dan marah dengan tindakan Francis Light. Pada tahun 1791, Sultan Abdullah menyediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk meyerang dan mengambil semula Pulau Pinang. Baginda mendapatkan bantuan daripada Riau,Siak, dan SelangorFrancis Light meminta bantuan tentera daripada pihak Britishuntuk menyerang kubu Sultan Abdullah di Seberang Perai.


Sultan Abdullah tewas dan terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah 1791 pada 1 Mei 1791.




p/s ; SHTI tu bermaksud Syarikat Hindia Timur Inggeris...

No comments:

Post a Comment